Tuesday, 4 August 2015

PERBEZAAN WEB 1.0, WEB 2.0 DAN WEB 3.0 (SEMANTIC WEBSITE)

WEB 1.0
Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, laman web (website) yang dibangun pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif.

WEB 2.0
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi  informasi secara dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing, spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel.

WEB 3.0

Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0.  Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-2030. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. melalui Semantic Web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari.  


No comments:

Post a Comment