Tuesday, 4 August 2015

Konsep web 3.0

Konsep web 3.0
Menurut John Markoff (2006), disebutkan tentang adanya sebuah konsep web masa depan yang merupakan arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi web 2.0, iaitu web 3.0. Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010 - 2030. Beliau adalah pakar dan pioner dalam bidang semantic web. Salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0 adalah semantic web.



Perbezaan Web era 1.0,2.0 dan 3.0 (Semantic Website)
Pada era web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, dimana anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.
Pada era web 2.0, anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet lain. Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap.Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan seluruh informasi yang anda perlukan, namun kini wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap..
Kini telah muncul era web 3.0, semantic web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir, dimana apabila kita mencari sebuah perkataan, contohnya “kuda”. Anda akan memperolehi semua informasi / data biologi tentang spesies kuda. Contohnya mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda, atau lainnya …
Selama ini, untuk menentukannya hanya boleh dilakukan oleh manusia. Namun pada semantic web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berpikir, menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari.


Antara ciri khas dari web 3.0:-
  • transformation, dari tempat penyimpanan yang berasingan menjadi terpusat.
  • ubiquitous connectivity, membolehkan info diakses dari pelbagai media.
  • network computing, software-as-a-service business models, Web services interoperability, distributed computing, grid computing and cloud computing;
  • open technologies, sebahagian besar informasi dapat dicapai dalam platform open source / free.
  • open identity, OpenID, seluruh info adalah bebas.
  • the intelligent web, Semantic Web technologies such as RDF, OWL, SWRL, SPARQL, GRDDL, semantic application platforms, and statement-based datastores;
  • distributed databases, database dalam bentuk WWD ( World Wide Database ).
  • intelligent applications.

PENGKELASAN LAMAN WEB

Pada asalnya laman web  hanya merupakan laman bermaklumat  yang berasaskan teks sahaja.




Sekarang dengan adanya World Wide Web  atau Internet  maka wujudnya laman web daripada pelbagai jenis dan  kategori.

PERBEZAAN 'HTTP' DAN 'HTTPS'


HTTP (Hyper Transfer Protocol)
HTTP ialah protokol rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit. Contohnya : blog

HTTPS (Hyper Transfer Protocol Secure)

Teknologi Sekuriti Piawai (Secure Sockets Layer – SSL) perlu dipasang pada web server terlebih dahulu sebelum mengunakan https. HTTPS digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contoh: laman web perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang.



PERBEZAAN WEB 1.0, WEB 2.0 DAN WEB 3.0 (SEMANTIC WEBSITE)

WEB 1.0
Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, laman web (website) yang dibangun pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif.

WEB 2.0
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi  informasi secara dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing, spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel.

WEB 3.0

Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0.  Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-2030. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. melalui Semantic Web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari.  


Sejarah Web 2.0 dan Web 3.0

Sejarah Web 2.0

Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

DEFINISI WEB 2.0

Orang yang memberikan istilah web 2.0 ialah O’Reilly Media sekitar tahun 2003 namun ketika itu istilah ini tidak mendapat perhatian namun dipopularkan pada tahun selepas itu iaitu 2004. Istilah web 2.0 amat luas untuk diterangkan namun web 2.0 dikatakan sebagai sebuah aplikasi web yang melibatkan para pengguna merancang mahupun mengatur sesebuah catatan. Ada juga yang mengatakan web 2.0 lebih kearah social network antara pengguna seperti Blog, Facebook, Friendster dan lain-lain.
Rumusannya adalah istilah web 2.0 ini lebih kepada platform para pengguna menggunakan teknologi untuk memberi pandangan, memberi catatan berguna, dan sebagainya.

Aplikasi Web 2.0

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau alatannya yang tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web 2.0 antaranya adalah Blog, Wiki, Forum Atas Talian (Online Forum), Social Bookmarking, Rangkaian Sosial, Perkongsian Media dan sebagainya.
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.

Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. E-pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. Sistem P&P yang menggunakan aplikasi Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 ini menekankan aspek konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking) (Pettaniti & Cigognini, 2007). Selain itu, P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, mobil, berkait atau connected, peribadi (personal), ciptaan dan terbuka (Wiley, 2008). Menurut Ehlers (2009), sistem P&P yang melibatkan aplikasi Web 2.0 boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang berikut:

i. Pembelajaran bersifat ubiquitous iaitu pembelajaran boleh berlaku di mana-mana.
ii. Pembelajaran sepanjang hayat: Pembelajaran tidak terikat kepada mana-mana institusi Pembelajaran berlaku dalam komuniti pembelajaran. Pelajar melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran yang terbuka dan komuniti pembelajaran yang terhad
iii. Pembelajaran bersifat formal dan tidak formal, boleh berlaku di rumah, tempat kerja atau pada masa lapang.
iv. Pembelajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengajar atau institusi pengajian.

Web 3.0: Konsep terbaru diperkenalkan

Tidak kurang dari empat tahun Web 2.0 diperkenalkan, pakar internet telah mengemukan satu cadangan dan konsep Web 3.0 bakal dilancarkan. Dalam konsep Web 2.0, berlaku perkongsian maklumat yang dapat kita lihat dalam contoh laman Facebook. Berlaku proses perkongsian. Dalam konsep Web 3.0, aktiviti ini menjadi lebih spesifik atau lebih senang difahami, laman tersebut menjadi pembantu peribadi setiap pengguna.
Dalam erti kata lain, laman yang berkonsepkan Web 3.0 menjadi lebih pintar, memahami sifat dan kemahuan pengguna secara lebih spesifik. Web 3.0 bakal menjanjikan satu kemudahan pengguna dan mengecilkan skop sesuatu perkara berbanding konsep yang digunakan sekarang.